Perkara Pelik ²



Assalamualaikum... Jam kat pc aku sekarang pukul 7.40pm, dan sekarang aku nak kongsi sesuatu yang kita mungkin kita tak pernah perasan dan mungkin kalo benda tu ada depan kita pun, kita buat tak tau je. Banyak perkara pelik dah aku alami dan aku jumpa bila aku pergi kemana-mana. (ape yang aku mengarut ni) Ok2.. straight to the point kata org putih.. jom tgk ape yang pelik aku jupe tu.. :)
 
kita mesti penah makan buah ni kan? ni la buah pear.... banyak khasiat buah ni tp aku xnk citer pasal khasiat dia... gambar diatas adalah buah pear yang normal dan slalu kita jupe.. try tengok buah pear kat bawah ni.. amacam?? ape yang korang fikir??... (aku tau ape korang fikir)
 
Buah pear ni aku beli kat SAE(korang mesti xtau kan) haha.. dah la ni buah yang last masa tu.. Dengan bayaran rm2.00, aku beli la.. aku kan suka buah ni.. sebelum aku makan, capture la dulu bentuk buah yang pelik ni.. memang pelik kan???


Ok!!!.. Sekarang, benda pelik kedua aku nak citer ialah tentang pokok yang aku jupe masa aku balik bercuti kat kampung aku... kalo korang kenal pokok ni kiranya korang memang bgs la.. hehe.. meh kita tengok sama2 ape yang pelik pada gambar pokok ni.. ---->
 
Inilah hasilnyer kalo da digabungkan pokok 1(xtau nama) dan pokok semalu.. memang pelik kan, camner la 2 pokok yang berlainan boleh bercantum camtu.. anyway.. tu semua kuasa Yang Maha Esa.. aku rasa bertuah gak la dapat tengok pokok ni.. lagipun pokok ni dekat umah aku je pun.. hehe.. tp sekarang xtau la pokok tu ada lagi ke x.. 

Itulah sahaja aku nk korang tau, semoga kita sama2 sedar yang kat dunia ni memang banyak benda pelik.. hehe.. thanks for reading this article..


p/s: Kalo korang pun ada jupe benda pelik camni, share la k.. pape pun, jangan lupa komen k..tq..


SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Lirik Get - Pertama dan Terakhir

GET - Pertama Dan Terakhir


Kau pertama dan terakhir
Diselubungi rasa cinta
Yang suci

Kusirami pohon cinta
Kukira subur selamanya
Selama... pun jua...

Dan debunga yang mewangi
Gugur tak lagi berseri ke bumi
Lalu tak lagi bersemi

( korus )
Dingin cinta ku rasa
Bak merpati hilang pasanganya
Terkulai pohon cinta
Jadi saksi cinta kita

Dengarkanlah rintihan hati
Dengarkanlah sebelum kau pergi...

Ku berjanji kan setia
Pada cintaku selamanya selama...

Kuhimpunkan segalanya
Biarpun beribu musim melanda
Di jiwa..

Muat Turun Lagu Ini Disini


SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Puisi Indah Hanya Untukmu.. :))

Belum puas kita bersua,
Telah tertakdir untuk berpisah,
Indahnya saat ketika bersama,
Mengalirkan air cinta yang sejati,
Walaupun ia hanya sementara cuma,
Seribu tahun terasa dijiwa,
Tiada tertahan untuk menahan,
Rindu yang memberontak ini,
Ia kerana ujian dalam hidup,
Sebagai tanda cinta,
Seindah pemberian yang maha esa,
Disaat perjumpaan yang dinanti,
Tiada kelipan mata memandang,
Lirikan mata senyuman dibibir,
Menambat hati memberi cinta,
Ikhlas hanya diri yang rasa,
Ternampak dipandangan pelakuan,
Semakin jelas dan amat nyata,
Cinta kita tiada rahsia,
Milik berdua untuk selamanya..

Sepanjang hari menjadi lama,
Tanpa dirimu seksa dihatiku,
Hanya cinta pengubat diri,
Yang semakin rindu hanya untukmu,
Diharapkan bersatu suatu hari nanti,
Sebagai ikatan cinta suci,
Kekalkanlah bersama selagi bernyawa,
Itulah doa hanya kepadamu Tuhan,
Kerana anugerah cinta milikmu,
Itulah pasti tiada sangsi,
Bahagiakanlah hati ini,
Yang memang saling mencintai.



SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Luka Terubat, Lahirlah Cinta...

Setelah lama menyepi, terasa nak update blog la jap. biarlah berisi skit blog ni. hehe.. malam yg sunyi sepi ni, aku sorang2 je yg belum tido, nak mengisi blog aku ni dgn sedikit kisah madah cinta yang aku dapat dari seseorang yang istimewa. kalo tgk kt fb aku, mesti semua org akan tau. walaupun pendek, sgt bermakna bg aku.. thanks to her.. :))


perhentian cinta ini
ku singgah seketika tatkala rintik hujan di hati
Sedang aku asyik melamun memikir lara di jiwa
muncul seorang lelaki menggapai tanganku lembut
dalam hati terdetik rasa tertanya2
siapakah gerangan lelaki itu?
lalu dia melabuhkan tubuhnya disebelahku
kini, aku tidak mahu berlalu dr perhentian itu
itulah perhentian cintaku



ucapan cinta yg telafaz dibibirku, 
bukan palsu semata dan bukan jua permainanku, 
hanya kerana anugerah, 
yang Esa berikan,
telah tertulis hanya untukmu..




SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

One Station Hotel

Salam.. Arini aku dan akak aku sekeluarga ke Kota Bharu atas sedikit urusan. Aku pun  tak lepaskan peluang tuk shopping raya sikit. hehe.. Kami check in kat hotel one station berhampiran dengan tesco. Sekarang aku nak cerita sedikit tentang hotel yang aku duk menumpang ni. Dengan package yang kami pilih, kami dapat la menjamu selera semasa berbuka semalam. Dalam pukul 7.15mlm kami turun la ke restoran hotel untuk menjamu selera. Setibanya dimeja makan, terbentanglah kain alas meja tanpa ada apa apa diatasnya lagi. Aku agak bengang tapi aku ni kan penyabar, sabar jela jap. Tunggu punya tunggu, masa berbuka pun tiba, pihak hotel menjamu kami dengan buah buahan dan air. Dalam masa 10 minit kemudian sampai la makanan kami satu persatu. Memang nampak la pengurusan hotel ni kelam kabut. Nak kata ramai orang masa tu, memang xramai langsung la. hanya ada 2 keluarga je masa tu. haha.. leh cakap lembab la kan. Ni la Hotel tu..

Aku sebenarnya nak luahkan perasan je kat sini.. hahahaha.. boring la.. Mujurlah ada wifi kat hotel ni.. leh la layan internet jap.. tapi aku bengang dengan malaysia ni.. kenapa la aku nak tengok running man kat youtube tapi malaysia ni block lak.. ciss.. tgk kt hp jela... Sekian la luahan aku kat sini.. bye2

SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Indah Ini Milik Sepenuh Junk Rx®