p/s: Sebagai menyokong program c.z, aku pun nak join jugak la pencarian 50 blogger oleh chegu zubir ni.. thanks to c.z. korang yang singgah blog ini, jom la join skali ok.. ^^v
Pencarian 50 blogger oleh Chegu Zubir
p/s: Sebagai menyokong program c.z, aku pun nak join jugak la pencarian 50 blogger oleh chegu zubir ni.. thanks to c.z. korang yang singgah blog ini, jom la join skali ok.. ^^v
Rindu Bertandang lagi...
Ehem²... tu bukan tajuk lagu hattan tau.. tapi tu la yang aku tengah rasa sekarang terhadap awek aku yang sekarang ni kitorang jarang berhubung. Ada je yang mencuri masa aku dan dia.. Tapi xpe, sekarang aku nak dia tau yang aku betul² rindukan dia. Harap² leh la dating kalo dia free weekend ni.. Aku memang xtau nak ucapkan kerinduan aku pada dia tapi aku nak cuba nyatakan dengan secubit ayat yang aku cipta sendiri.. Mungkin xseindah puisi orang lain tapi aku harap ia cukup untuk buat si dia gembira..

Dikala ku bersama denganmu,
Indah dunia menemaniku,
Engkau setia dengan cintamu,
Engkau setia dengan cintamu,
Untuk bersama diriku,
Jarak pemisahan kita,
hati tetap dekat bersama.
walau jasad kita jauh,
dijiwa diminda engkau disisi.
Dalam kesibukan masa,
kesunyian mengdampingi diri,
sehari lama ku rasai,
tanpa dirimu aku sunyi,
namun cinta ini tetap ada,
masih menebal kekal dijiwa,
hadirlah dirimu bersama cinta,
berikan kepadaku oh segalanya,
kuharapkan pertemuan mata,
dengan dirimu pengubat rindu,
walau sekejap aku terima,
kerana rinduku padamu inginkannya,
datanglah sayang kepadaku,
bibitkan senyum indahmu itu,
ubatilah jiwaku yang merindu,
tetaplah untukmu oh selamanya.

Sayang, saya harap awak suka dengan ape yang tertulis itu, seperti yang telah saya bagitau, saya rindu giler kat awak.. Mungkin sebab masa kita bersama tak lama, inilah dapat saya berikan pada awak agar awak tau kerinduan dihati saya milik awak.. Sekian...
Air Terjun Lata Hammer
Salam.. rasanya dah banyak hari saya tidak meng'update' blog yang bertuah ni.. ^^ .. Sekarang, ape yang saya nak ceritakan adalah mengenai tempat best yang dah saya lawat semasa cuti bersama kawan².. Kitorang walaupun student masih lagi rajin jalan² and buat aktiviti lasak lagi mencabar.. Bila masa nak study ntah.. hahaha..
Tempat yang kami pergi ialah Lata Hammer. Lata Hammer ni bertempat diantara jalan gombak lama ke bentong.. Kalau dari highway karak, korang leh ambik exit ke kg bukit tinggi selepas tol bentong. Bagi korang yang belum tau pasal keindahan air terjun lata hammer ni.. meh tengoh gambar yang saya ambil ni.. ---->

Tempat yang kami pergi ialah Lata Hammer. Lata Hammer ni bertempat diantara jalan gombak lama ke bentong.. Kalau dari highway karak, korang leh ambik exit ke kg bukit tinggi selepas tol bentong. Bagi korang yang belum tau pasal keindahan air terjun lata hammer ni.. meh tengoh gambar yang saya ambil ni.. ---->
Amacam??? Cantikkan??? Air terjunnya yang sukar untuk didampingi, memang mencabar bagi yang hati kental untuk berenang ke arahnya... Air yang sangat deras dan dalam memang best untuk mandi mandi, lagipun disini siap ada pasir pantai lagi.. fuhh!! cam kat pantai je kan.. Ada port untuk berkhemah lagi.. memang kat sini terbaek!!! Walaupun terpaksa meredah hutan selama lebih kurang 1jam, kepenatan itu akan terubat pabila melihat air terjun yang indah ini..
Perjalanan yang xakan sunyi dari bunyi deruan air sungai yang mengalir disepanjang jalan.
Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang yang akan pastinyer membuat kitorang mandi peluh.. ^^
........ Sekian sahaja cerita dari saya.......
Kekasih Merajuk
Buat insan yang bergelar kekasih, disini saya ingin berkongsi sedikit perasaan saya terhadap seorang perempuan. "perempuan" insan yang memang bagi saya susah untuk difahami dan sukar untuk saya agak tindakannya. Difikiranya tiada yang dapat dimengertikan. Namun, untuk dirimu yang bernama kekasih, saya luangkan masa saya untuk mencoba fahami ape yang tersirat dihatimu, dengan harapan agar dirimu tidak merasa sedih dan dihatimu sentiasa berteman.
Kekasihku, ku datang kepadamu,
membawa hati yang penuh rasa cinta,
gembira tidak terkira,
ingin melihat dirimu bahagia,
Kekasihku, ku tatap matamu,
rahsia terpancar jelas menyinar,
bingung diriku memikirkannya,
apa silapku terhadap dirimu,
Kekasihku, ucapanku tiada dipedulikan,
seperti patung tiada bernyawa,
rajukmu tiada berkesudahan,
mengikut hati yang tidak peduli,
Kekasihku, hati pilu seperti kaca,
adakah hilang cinta dan rindu,
dek kerana silap bicara,
dirimu pergi jauh dariku,
Senyuman indah engkau berikan,
isyarat diri masih sayang,
hati lega erat genggaman,
kerana cinta aku turutkan.

Kekasih, ingatlah bahawa hati ini sentiasa ingin menemani hatimu, tiada waktu untuk digambarkan kerana ia kekal tersemat, kuharapkan dirimu mengerti hasrat hati yang mencintaimu ini. Sekian terima kasih... ^^
Hadiah Untuk Kekasihku
Tajuk : Puisi untuk Kekasih yang Sedang Sakit
Karya : Huda M Elmatsani
Cepat sembuh, kekasih
malam tanpa angin
tanpa bisik-bisik daun dan ranting
bila bibirmu kelu dan kering.
Cepat sembuh, kekasih
bulan samar dan redup
cahaya terperangkap kabut
bila matamu sayu dan hening.
Cepat sembuh, kekasih
langit kelam dan kusam
hati gelisah dan tenggelam
bila wajahmu pucat dan terbaring.
Sebutir kapsul segelas doa
sepeluk kasih sekecup sayang
semoga cepat sembuh, kekasih
mata dan hatiku berjaga untukmu.
Diambil dari : www.puisiuntukkekasih.com
![]() |

Awak suka kan??? Saya tau.. hehe.. Kalo awak suka, cepat² la awak sms saya. Saya buat entry ni KHAS untuk AWAK!!! Kerana SAYA SAYANG AWAK. Sekianlah dahulu untuk masa sekarang.. Kalo ada masa lagi, saya akan sentiasa penuhkan blog saya yang buruk ini dengan cinta saya pada awak. hehe.. SALAM...
Subscribe to:
Posts (Atom)

