Kisah Di Gunung Jerai, Kedah.

Salam 1 Malaysia,

AKHIRNYA, aku kembali untuk update blog ni yang sekian lama ditinggalkn dan sudah pastinya berhabuk. Aku dah beli clorox ni tuk cuci habuk kat blog ni. hehehe.. Aku nak citer skit pengalaman aku bercuti di Gunung Jerai. Pengalaman yang sangat bermakna bagi aku kerana berlaku pelbagai keajaiban yang berlaku pada aku sepanjang aku berada di sana. Kalau pembaca nak tahu kisah disebalik Gunung Jerai ni, boleh baca disini. 

Tujuan aku kesana adalah untuk menemani sepupu aku. Aku, sepupu dan isterinya, tiba di kaki gunung jerai dalam pukul 5.30ptg. Sepupu aku ni berhajat untuk berbuka puasa di puncak gunung. So, kami sempatlah membeli makanan di kedai berhampiran sebelum kami mula mendaki gunung tersebut. 

Memandangkan sepupu aku dan isterinya berpuasa, aku jela yang diharapkan untuk memandu kereta. Aku mulakan dengan bismillah dan mula membuat niat yang baik ketika mula menekan minyak kereta. Sejak dari kampung lagi sepupu aku sudah berpesan supaya pasang niat yang baik je sepanjang perjalanan. Insyallah hajat dan niat baik aku tu akan dimakbulkan Allah. 

Keadaan jalanraya semasa mendaki gunung memang tidak berapa baik, jadi aku memandu dengan berhemah la skit. Sepanjang perjalanan ada jugak ditemani oleh penghuni tetap gunung jerai, si kera yang menantikan makanan daripada pengunjung gunung.

Kami tiba di The Regency Jerai Hill Resort pada pukul 6ptg. Aku pertama kali tiba ditempat tu, memang cantik permandangannya. Sempatlah aku snap beberapa gambar untuk kenangan. Jom layan gambar tu dulu ok.


Pemandangan dari Resort. Nampak laut dan pulau kecil, sawah padi yang luas dan rumah-rumah kampung.


Resort yang cantik ditambahkan lagi dengan skill aku ambil gambar. :)

OK DAH!!!
Sambung cerita aku tadi ok, selepas puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke puncak gunung. Sebaik keluar dari pintu keluar resort, ada gerai kecil dengan sorang pemuda menjaganya, kata sepupu aku, lelaki tu menjual barang2 mistik yang berasal dari alam bunian. Mendengar penjelasan itu, aku terkejut skit dan semakin teruja untuk mengalami sendiri perasaan berada digunung ni. 

Kami pun tiba diTelaga Tok Sheikh, nk tau kisah tempat ni?? baca disini. Kami singgah mandi jap dan ambil wuduk untuk solat magrib dan bermalam di puncak gunung. Air telaga tu memang sejuk dan nyaman sangat tetapi ada orang yang telah mencemarkan kawasan telaga dengan bekas2 lilin yang tidak dibersihkan. Cantik tempat tu kalau dijaga dengan betul. Dengar cerita, ada orang yang datang kesitu untuk berubat. Aku pun tak faham sangat berubat jenis ape, jadi suka hati diorang la.

Kami tiba di Padang Tok Sheikh pukul 7ptg. Ada macam2 cerita tentang Padang ni. Nak tau?? Baca disini. Kami pun bersiap untuk berbuka dan solat magrib. Kawasan sekeliling semakin gelap. kami hanya berbekalkn lampu handphone je. 

Tiba-tiba!!!!!!!!!!! Tunggu sambungan kisah saya ok.. hehe.

Sekarang kita layan gambar diPadang Tok Sheikh pulak.






p/s: Sambungan kisah saya akan disiarkan dalam masa terdekat. Banyak perkara yang berlaku. Nak tau kena la sabar dan selalulah menjenguk blog saya ok. Terima Kasih!!!



SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Lagu Keinsafan...


Sayup terdengar hujan mencurah kebumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku disini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah


Renung langit sepi tiada purnama
Didalam kelam kulihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda apa rahsia


Oh Tuhanku yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku 
mencari hidayahmu


Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam


Cukup setakat ini aku merasa
Terasing terhukum dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan


Dan kini aku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti kehidupan
Dan hari kematian.. oh


Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan satu pengaduan
Untukku mengucapkan 
Kalimah terakhir...




SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Mengasah Bakat Sendiri ^___^

Selamat Hari Selasa Semua Blogger...

Orang lain pagi-pagi g keje xpun g sarapan tapi aku update blog.. dah la blog aku ni berabuk, da lama xupdate.
Bukan sibuk sangat pun tapi malas je.. hahaha..
Selepas kemenangan Harimau Malaya baru2 ni, aku tengok kat nuff aku, keywords "nadia ismail" banyak gila dowh.. huhu.. mula2 aku pun xkenal tapi da orang search, aku pun search la jugak.. haha.. 
Rupa2nya tu nama awek nazmi faiz daaa... pemain bola untuk harimau malaya..
Aku tak heran pun tengok diorang sebab aku da minat kat awek aku.. hahaha.. 
Bila aku bosan dan xde keje nak dibuat, ni la yang aku buat, edit gambar awek sendiri.. 
Ni namanya collage effect.. korang mesti lagi power kan? hehe..

Korang komen la ye.. komen gambar je ye, bukan orang dalam gambar.. hehe.. thanks.. ^___^



SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

My First Watermark

Arini 20112011, aku nak memperkenalkan watermark pertama aku.. aku buat simple je.. aku bukan pandai pun dalam adobe photoshop ni.. hehe.. Korang dibenarkan mencurahkan pendapat korang.. Silakan ye.. 



Hasil dari pendapat korang semua nanti, aku akan terus memperbaiki hasil tangan aku ni.. semoga aku berjaya.. hahaha.. tq sudi baca..
Gambar pertama aku bersama watermark..


Amacam?? bLeh tAhan x? ehehe


SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Mukamu Tiada Tulisanku

Salam kepada semua pengunjung blog aku yang perasan CUTE ni.. hahaha.. 

Lepas aku try belajar edit gambar menggunakan adobe photoshop, aku nak share la dengan korang hasilnya.. hahaha.. walaupun xdela pro sgt tapi aku puas hati sebab ni pencapaian terbaru aku.. Kalo korang rasa jeles, sila la komen ye..hahaha.. aku namakan gambar ni, mukamu  tiada tulisanku.. kah kah kah..

Ni la gambar yang aku sudah berjaya edit.... jeng jeng jeng.....


nak tengok gambar asal plak?? ni la dia.. 


SO?? WHAT DO U THINK?? ok x? :p

P/s : Gambar yang aku edit ni adalah gambar Song Ji Hyo.. Aku peminat Blank Ji Hyo dalam RunningMan.. hehe


SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Indah Ini Milik Sepenuh Junk Rx®