Dihening pagi yang indah ini, aku baru je pulang melawat bayi pertama adikku. Setibanya dirumah, aku tiba-tiba terfikir untuk berkongsi dengan semua orang tentang pepatah melayu. Walaupun kita ni orang melayu, mesti ramai diantara kita masih tidak tahu maksud sebenar sesetengah pepatah. Semua bangsa ada pepatah untuk menunjukkan sesuatu maksud tanpa menyampaikannya secara terus terang. Disini aku senaraikan sedikit pepatah melayu yang selalu kita dengar tapi kalo ada yang tak pernah dengar, sila la ambil perhatian supaya tidak berlaku salah faham kelak.. Semua pepatah ni biasanya digunakan oleh orang-orang tua dahulu. Tapi sekarang, karam singh walia pun da pandai guna.. mungkin bangsa singh tak ada pepatah barangkali..
Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa.
maksudnya: Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Maksudnya : Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita.
Guruh tak berbunyi, malang tak berbau.
Maksudnya : Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Maksudnya : Percaya akan orang yang mengkhianati kita.
Kalah jadi abu, menang jadi arang.
Maksudnya : Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian tidak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah. Kedua-duanya hangus.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Maksudnya : Orang yang pandai akan melakukan kesalahan sesekali. Kalau orang itu pandai melakukan jenayah, sekali jatuh pun cukuplah susah.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Maksudnya : Bekerjasama dan saling menolong.
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
Maksudnya : Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
Maksudnya : Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Maksudnya : Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya.
Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Maksudnya : Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Maksudnya : Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa berusaha.
Takut kerana salah, berani kerana benar.
Maksudnya : Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Maksudnya : Buang yang jahat, ambil yang baik.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Maksudnya : Lakukan kerja yang baik biarlah ada batasnya tetapi jangan melakukan kejahatan.
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
Maksundnya : Budi baik dikenang walaupun orangnya sudah mati.
Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
Maksudnya : Semakin banyak wang/ilmu, orang itu semakin merendahkan diri.
Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada janjinya.
Maksudnya : Janji mesti ditepati.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Maksudnya : Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita.
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.
Maksudnya : Mendapat sesuatu yang diingini.
Dan sebenarnya, banyak lagi pepatah lain, tapi aku da penat nak menaip.. hehe.. kalo kalian semua ada idea lagi, sila la tambah ye. Sekian Terima Kasih..
p/s : pepatah yang tak tersenarai diatas dan paling aku suka ialah "rumah terbakar nampak asap, hati terbakar siapa yang tau." (mesti korang penah dengar kan?).
No comments:
Post a Comment