Kekasih Merajuk

Buat insan yang bergelar kekasih, disini saya ingin berkongsi sedikit perasaan saya terhadap seorang perempuan. "perempuan" insan yang memang bagi saya susah untuk difahami dan sukar untuk saya agak tindakannya. Difikiranya tiada yang dapat dimengertikan. Namun, untuk dirimu yang bernama kekasih, saya luangkan masa saya untuk mencoba fahami ape yang tersirat dihatimu, dengan harapan agar dirimu tidak merasa sedih dan dihatimu sentiasa berteman.

Kekasihku, ku datang kepadamu,
membawa hati yang penuh rasa cinta,
gembira tidak terkira,
ingin melihat dirimu bahagia,

Kekasihku, ku tatap matamu,
rahsia terpancar jelas menyinar,
bingung diriku memikirkannya,
apa silapku terhadap dirimu,

Kekasihku, ucapanku tiada dipedulikan,
seperti patung tiada bernyawa,
rajukmu tiada berkesudahan,
mengikut hati yang tidak peduli,

Kekasihku, hati pilu seperti kaca,
adakah hilang cinta dan rindu,
dek kerana silap bicara,
dirimu pergi jauh dariku,

Senyuman indah engkau berikan,
isyarat diri masih sayang,
hati lega erat genggaman,
kerana cinta aku turutkan.


Kekasih, ingatlah bahawa hati ini sentiasa ingin menemani hatimu, tiada waktu untuk digambarkan kerana ia kekal tersemat, kuharapkan dirimu mengerti hasrat hati yang mencintaimu ini. Sekian terima kasih... ^^



SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

6 comments:

Pwincesz Dee said...

Merajuk bersebab xpe, tapi x keterlaluan kan? Sy sygkan awk... Xkan sy merajuk lama2.. Nak tahu nape sy merajuk?? sbb nak pjuk hati ni agar x mrh awk dan syg awk lg2 lebih! :)

Junk said...

hehehe.. sy sygkan awk jugak.. :)

Syairani Tarmizi said...

ehem ehem.. :p

cikgu myvi said...

cinta memang indah kan.... like..like

Pwincesz Dee said...

hehehe.... xde ape yg blh dilahirkan dr bicara utk menzahirkan cinta... :)

Unknown said...

dugaan kaseh.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Indah Ini Milik Sepenuh Junk Rx®