Salam..
Awak, disini saya ingin meluahkan ape yang terpendam dihati saya. Ape yang saya rasakan apabila saya berjumpa dengan awak. Mula-mula kalau ikutkan hati saya, sebelum hari untuk kita janjikan bertemu, hati saya dalam kegembiraan, ketidaksabaran hadir dalam diri ini. Walaupun cuma seminggu tidak bersua muka dengan awak, rindu yang saya rasakan membuak-buak bagaikan bom yang mahu meletup. Saya hadapi hari-hari saya dengan tenang dan sabar dalam menanti saat indah yang bakal saya tempuhi bersama awak. Dari hari ke hari saya tempuhi hanya bertemankan panggilan dan pesanan ringkas dari awak. Saya gembira setiap kali berhubung dengan awak. Walaupun kadang-kadang kita sendiri rasa seperti sudah tiada lagi topik untuk diceritakan namun dalam hati saya tidak sedikit pun rasa bosan.
Hari yang dijanjikan untuk bertemu telahlah pun tiba, saya datang kepada awak untuk kesuatu tempat yang kita sendiri tidak pernah bincangkan dimana kerana ape yang sama-sama kita nak hanyalah luangan masa untuk dihabiskan bersama. Walaupun begitu, saya tidak mahu mengsia-siakan hari kita bersama, saya membawa awak jalan-jalan ke tempat tersebut. Untuk pengetahuan awak, setiap kali saya menunggu awak muncul dimata saya, saya sentiasa alihkan pandangan saya kearah pintu pagar tempat awak bakal muncul, saya rasakan tidak sabar untuk melihat awak. Ape yang bermain difikiran saya pada masa itu adalah cara awak berpakaian, cara awak menegur saya nanti, riaksi yang awak bakal berikan pada saya apabila berjumpa saya dan banyak lagi yang terlintas ditakuk fikiran saya. Sejurus awak muncul, saya akan tenung sejenak wajah cinta hati saya ini. Secara tiba-tiba saya lupa ape yang patut saya lakukan pada masa itu. Saya seolah-olah hilang tujuan yang hakikatnya sebelum kita berjumpa, kita sama-sama sudah rancangkan hal itu. Tapi tak ape, saya tetap akan cuba untuk memberikan hari kebahagian awak itu.
Setelah kita tiba ke tempat yang dituju, kita berjalan beriringan sambil melihat sekeliling. Berbual sesuatu yang kita sendiri kadang-kadang tidak pernah terfikir untuk membualkanya. Setelah penat berjalan, kita menuju ke tempat makan, menghilangkan penat dengan duduk dan menjamu selera bersama-sama. Citarasa kita memang serupa, ape yang awak suka, saya pasti akan suka. Kalau awak nak tau, sejak kenal awak jugak, banyak perkara yang saya tak suka menjadi suka oleh kerana awak. Saya pun tak sangka dengan perkara itu. Tapi saya tidak kisah kerana ia kuasa cinta awak pada saya.. hehehe..
Bila sudah kenyang menjamu perut, kita pun sambung melangkah lagi. Terus terang saya ingin awak tau, saya tidak pernah bosan bersama dengan awak. Tapi awak, apabila tiba saat saya tersilap bicara, awak pula yang muncung, merajuk yang boleh buat saya jadi tidak tentu arah. Saya seolah-olah bercakap seorang diri, berjalan tanpa ditemani. Awak berjalan saya ekori tapi bila saya berhenti, kaki awak melangkah pergi. Saya tidak sanggup tinggalkan awak sendiri, hadirlah saya untuk menemani awak dan kekal disisi. Awak, sejam sudah berlalu, rajuk awak tidak juga saya berjaya ubati. Hati saya sedih dan bengung tak tahu ape yang patut saya lakukan lagi. Sehinggalah kedetik-detik terakhir kita bersama, awak masih lagi dingin melayan saya. Saya sanggup bersabar dengan awak, bukan untuk hari ini sahaja tapi untuk selamanya. Saya harap awak tau dan sedar akan kehadiran saya dalam hidup awak. Saya sudah mencuba yang terbaik untuk membahagiakan diri awak tapi ape kan daya, saya rasakan diri saya gagal. Semoga awak mengerti dan memberi ruang bahagia dihati awak untuk menerima saya. Maafkan saya kiranya ada terkasar bahasa sepanjang kita bersama. Berikanlah kemaafan awak kepada saya, hilangkanlah rajuk awak, berikan senyuman agar saya dapat rasakan awak bahagia.
Itulah sahaja luahan hati saya kepada awak. Saya menulis semua ini bukanlah untuk mengingati saat sedih itu tetapi untuk mengingatkan diri supaya tidak berulang perkara yang sama. Kiranya awak membaca ini, segeralah awak bagitahu saya ape yang ada dihati awak. Saya sayangkan awak. Saya juga mencintai awak. Terima kasih kerana menjadi kekasih saya. Sekian.
8 comments:
For this moment, i just want to say sorry!!! Sorry a lot!! Awk, bukannya saya hendak merajuk hati, tp apakan daya bila emosi menguasai akal, smuanya menjadi bala.. Sy minta maaf andai detik dan ketika itu awk rasa sedih dan xbahagia.. Sy jnji akn berusaha utk tdk mengulanginya lg..Namun, jika ia jadi kembali, sy hrp awk msh dpt bertahan bersama sy.. Sy sgt2 sygkan awk.. Wlaupun hati pnh terluka, tp xpnh terlintas dihati utk meruntuhkan mahligai kt ini.. Sya awk slalu.. ^^
Sayang, semua yang saya ceritakan itu bukanlah untuk buat awak rasa bersalah tapi sekadar untuk memberitahu awak ape yang ada dalam hati saya. saya juga sayangkan awak tau.. kita akan sama2 pertahankan cinta ini sehingga ke akhirnya ok.. ^^ love u sayang..
be faithful on ur love :)
asam garam dunia percintaan
be strong :)
yerr..evrythings will b 0ke ^^,
alahai sweetnye :)
:)
Bait kata dari hati sememang halus. Semoga lebih gumbira =)
Post a Comment