Puisi Indah Hanya Untukmu.. :))

Belum puas kita bersua,
Telah tertakdir untuk berpisah,
Indahnya saat ketika bersama,
Mengalirkan air cinta yang sejati,
Walaupun ia hanya sementara cuma,
Seribu tahun terasa dijiwa,
Tiada tertahan untuk menahan,
Rindu yang memberontak ini,
Ia kerana ujian dalam hidup,
Sebagai tanda cinta,
Seindah pemberian yang maha esa,
Disaat perjumpaan yang dinanti,
Tiada kelipan mata memandang,
Lirikan mata senyuman dibibir,
Menambat hati memberi cinta,
Ikhlas hanya diri yang rasa,
Ternampak dipandangan pelakuan,
Semakin jelas dan amat nyata,
Cinta kita tiada rahsia,
Milik berdua untuk selamanya..

Sepanjang hari menjadi lama,
Tanpa dirimu seksa dihatiku,
Hanya cinta pengubat diri,
Yang semakin rindu hanya untukmu,
Diharapkan bersatu suatu hari nanti,
Sebagai ikatan cinta suci,
Kekalkanlah bersama selagi bernyawa,
Itulah doa hanya kepadamu Tuhan,
Kerana anugerah cinta milikmu,
Itulah pasti tiada sangsi,
Bahagiakanlah hati ini,
Yang memang saling mencintai.



SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Luka Terubat, Lahirlah Cinta...

Setelah lama menyepi, terasa nak update blog la jap. biarlah berisi skit blog ni. hehe.. malam yg sunyi sepi ni, aku sorang2 je yg belum tido, nak mengisi blog aku ni dgn sedikit kisah madah cinta yang aku dapat dari seseorang yang istimewa. kalo tgk kt fb aku, mesti semua org akan tau. walaupun pendek, sgt bermakna bg aku.. thanks to her.. :))


perhentian cinta ini
ku singgah seketika tatkala rintik hujan di hati
Sedang aku asyik melamun memikir lara di jiwa
muncul seorang lelaki menggapai tanganku lembut
dalam hati terdetik rasa tertanya2
siapakah gerangan lelaki itu?
lalu dia melabuhkan tubuhnya disebelahku
kini, aku tidak mahu berlalu dr perhentian itu
itulah perhentian cintaku



ucapan cinta yg telafaz dibibirku, 
bukan palsu semata dan bukan jua permainanku, 
hanya kerana anugerah, 
yang Esa berikan,
telah tertulis hanya untukmu..




SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

One Station Hotel

Salam.. Arini aku dan akak aku sekeluarga ke Kota Bharu atas sedikit urusan. Aku pun  tak lepaskan peluang tuk shopping raya sikit. hehe.. Kami check in kat hotel one station berhampiran dengan tesco. Sekarang aku nak cerita sedikit tentang hotel yang aku duk menumpang ni. Dengan package yang kami pilih, kami dapat la menjamu selera semasa berbuka semalam. Dalam pukul 7.15mlm kami turun la ke restoran hotel untuk menjamu selera. Setibanya dimeja makan, terbentanglah kain alas meja tanpa ada apa apa diatasnya lagi. Aku agak bengang tapi aku ni kan penyabar, sabar jela jap. Tunggu punya tunggu, masa berbuka pun tiba, pihak hotel menjamu kami dengan buah buahan dan air. Dalam masa 10 minit kemudian sampai la makanan kami satu persatu. Memang nampak la pengurusan hotel ni kelam kabut. Nak kata ramai orang masa tu, memang xramai langsung la. hanya ada 2 keluarga je masa tu. haha.. leh cakap lembab la kan. Ni la Hotel tu..

Aku sebenarnya nak luahkan perasan je kat sini.. hahahaha.. boring la.. Mujurlah ada wifi kat hotel ni.. leh la layan internet jap.. tapi aku bengang dengan malaysia ni.. kenapa la aku nak tengok running man kat youtube tapi malaysia ni block lak.. ciss.. tgk kt hp jela... Sekian la luahan aku kat sini.. bye2

SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Pepatah Melayu...

Dihening pagi yang indah ini, aku baru je pulang melawat bayi pertama adikku. Setibanya dirumah, aku tiba-tiba terfikir untuk berkongsi dengan semua orang tentang pepatah melayu. Walaupun kita ni orang melayu, mesti ramai diantara kita masih tidak tahu maksud sebenar sesetengah pepatah. Semua bangsa ada pepatah untuk menunjukkan sesuatu maksud tanpa menyampaikannya secara terus terang. Disini aku senaraikan sedikit pepatah melayu yang selalu kita dengar tapi kalo ada yang tak pernah dengar, sila la ambil perhatian supaya tidak berlaku salah faham kelak.. Semua pepatah ni biasanya digunakan oleh orang-orang tua dahulu. Tapi sekarang, karam singh walia pun da pandai guna.. mungkin bangsa singh tak ada pepatah barangkali..

Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa.

 maksudnya: Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.


SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Pengubat Kesepian Rindu

A s s a l a m m u a l a i k u m .................

Jam menunjukkan pukul 4 pagi, disebabkan mata aku tidak dapat dilelapkan, berbekalkan laptop adik aku yang ditinggalkan dirumah, aku mula untuk membuat senaman jari dan dalam kata lain mengupdatekan blog aku ni. inilah yang bermain difikiranku sekarang..<3 <3 (jiwang jap.. hehe)



aku umpama laut yang tiada bertepi dan tiada berpenghuni
umpama malam yang hadir tiada berbintang
melihat senyuman terukir dibibirmu penuh dengan keceriaan
mendambakan aku tiada meninggalkanmu

detik demi detik tiada berbeku
pergilah ia dalam diam
kenangan bersamamu muncul dimindaku
temani ku siang dan malam

bila bayangmu tiada dimata
ingatlah aku disini selalu
bila rindu melukai hati yang tiada berkata
tentangan mata menjadi pengubat hati pilu

jangan lepaskan pelukan eratmu
kekalkan ia bersama samaku
kerana jiwa ragaku cintakan dirimu
ingatlah bahawa inilah pengubat kesepian rindu.

p/s : Ditujukan khas buat insan yang sentiasa bertandang dihatiku.... P...dee

SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Indah Ini Milik Sepenuh Junk Rx®