CuteBag Collections - Bag For Sale

HELLOOOOOO... PERHATIAN KEPADA GADIS-GADIS!!!!
KORANG NAK BERGAYA TETAPI TIADA HANDBAG???
DAPATKAN READY STOCK HANDBAG PELBAGAI DESIGN DISINI...

------KLIK PADA GAMBAR------


ANTARA HANDBAG YANG ADA DIJUAL....

          

     


DAN BANYAK LAGI!!! .. SILA KE LAMAN FACEBOOK 




SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Kisah Bangang Dalam Bas RapidKL

Salam..

Entry hari ni aku nak story morry kat korang tentang peristiwa bangang yang first time berlaku dalam hidup aku ni.. Malu lak tengok orang melayu gaduh depan foreigner.. ish3..

....sekadar gambar hiasan....

Benda ni jadi depan mata aku semasa aku naik bas rapidkl, aku ni suka dengar mp3 pakai earphone, so xdela dengar sangat pape yang berbunyi disekeliling aku tapi tiba2 aku dengar suara bising, aku terus pandang dan mencabut salah satu earphone tuk mendengar ape yang terjadi. Rupa-rupanya driver bas dengan salah sorang penumpang bergaduh.. huhu.. punca sebenar aku pun xtau tapi dari ape yang aku dengar dari penumpang tu, dia cakap driver tu rampas duit tambang dia. Driver bas ni badan dia kecik n kurus je tapi kuat melawan. Sorang lagi tu pulak brader yang umo dalam 40thn camtu. Brader tu memang xpuas ati dengan driver tu, siap ajak gaduh kat luar lagi. Semua ni disaksikan oleh seluruh penumpang bas seramai dalam 30orang. Aku yang berada ditengah2 ingat nak damaikan je diorang ni takut jadi lagi parah kan tapi mujurlah ada sorang mamat pakistan yang jarakkan diorang. Gaduh mulut diorang ni berlarutan sampai 5minit. Driver tu yang memang tak puas hati berterussan menghalau brader tu tapi brader tu nak naik jugak sebab dia cakap da bayar pakai kad. Aku jadi tersengeh skit (cover skit kan). Macam2 la kan. Akhirnya diorang puan sama2 diam lepas driver tu kembali bawak bas. that all la citer aku.

Moral of the story : Buat semua driver bas seluruh dunia, respect your passenger, buat semua penumpang  
                              pulak, banyakkan bersabar ok.. mungkin driver tu stress kerja kot. tu yang mood
                              xbrape ok tu. Papepun, peace ok.. yeah!!!



SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Apit feat. Appy - Tak Ku Sangka Tak Ku Duga


malam...
ku tidur tak lena
teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu
alangkah indahnya bersamamu

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

....korus....

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti

jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu
tak ku sangka
tak ku duga

perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

mengalir air mataku
menemani mlm sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

Download Sini
Mediafire Link 



SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Luahan Untuk Awak....

Salam..

Awak, disini saya ingin meluahkan ape yang terpendam dihati saya. Ape yang saya rasakan apabila saya berjumpa dengan awak. Mula-mula kalau ikutkan hati saya, sebelum hari untuk kita janjikan bertemu, hati saya dalam kegembiraan, ketidaksabaran hadir dalam diri ini. Walaupun cuma seminggu tidak bersua muka dengan awak, rindu yang saya rasakan membuak-buak bagaikan bom yang mahu meletup. Saya hadapi hari-hari saya dengan tenang dan sabar dalam menanti saat indah yang bakal saya tempuhi bersama awak. Dari hari ke hari saya tempuhi hanya bertemankan panggilan dan pesanan ringkas dari awak. Saya gembira setiap kali berhubung dengan awak. Walaupun kadang-kadang kita sendiri rasa seperti sudah tiada lagi topik untuk diceritakan namun dalam hati saya tidak sedikit pun rasa bosan.


Hari yang dijanjikan untuk bertemu telahlah pun tiba, saya datang kepada awak untuk kesuatu tempat yang kita sendiri tidak pernah bincangkan dimana kerana ape yang sama-sama kita nak hanyalah luangan masa untuk dihabiskan bersama. Walaupun begitu, saya tidak mahu mengsia-siakan hari kita bersama, saya membawa awak jalan-jalan ke tempat tersebut. Untuk pengetahuan awak, setiap kali saya menunggu awak muncul dimata saya, saya sentiasa alihkan pandangan saya kearah pintu pagar tempat awak bakal muncul, saya rasakan tidak sabar untuk melihat awak. Ape yang bermain difikiran saya pada masa itu adalah cara awak berpakaian, cara awak menegur saya nanti, riaksi yang awak bakal berikan pada saya apabila berjumpa saya dan banyak lagi yang terlintas ditakuk fikiran saya. Sejurus awak muncul, saya akan tenung sejenak wajah cinta hati saya ini. Secara tiba-tiba saya lupa ape yang patut saya lakukan pada masa itu. Saya seolah-olah hilang tujuan yang hakikatnya sebelum kita berjumpa, kita sama-sama sudah rancangkan hal itu. Tapi tak ape, saya tetap akan cuba untuk memberikan hari kebahagian awak itu.

Setelah kita tiba ke tempat yang dituju, kita berjalan beriringan sambil melihat sekeliling. Berbual sesuatu yang kita sendiri kadang-kadang tidak pernah terfikir untuk membualkanya. Setelah penat berjalan, kita menuju ke tempat makan, menghilangkan penat dengan duduk dan menjamu selera bersama-sama. Citarasa kita memang serupa, ape yang awak suka, saya pasti akan suka. Kalau awak nak tau, sejak kenal awak jugak, banyak perkara yang saya tak suka menjadi suka oleh kerana awak. Saya pun tak sangka dengan perkara itu. Tapi saya tidak kisah kerana ia kuasa cinta awak pada saya.. hehehe..


Bila sudah kenyang menjamu perut, kita pun sambung melangkah lagi. Terus terang saya ingin awak tau, saya tidak pernah bosan bersama dengan awak. Tapi awak, apabila tiba saat saya tersilap bicara, awak pula yang muncung, merajuk yang boleh buat saya jadi tidak tentu arah. Saya seolah-olah bercakap seorang diri, berjalan tanpa ditemani. Awak berjalan saya ekori tapi bila saya berhenti, kaki awak melangkah pergi. Saya tidak sanggup tinggalkan awak sendiri, hadirlah saya untuk menemani awak dan kekal disisi. Awak, sejam sudah berlalu, rajuk awak tidak juga saya berjaya ubati. Hati saya sedih dan bengung tak tahu ape yang patut saya lakukan lagi. Sehinggalah kedetik-detik terakhir kita bersama, awak masih lagi dingin melayan saya. Saya sanggup bersabar dengan awak, bukan untuk hari ini sahaja tapi untuk selamanya. Saya harap awak tau dan sedar akan kehadiran saya dalam hidup awak. Saya sudah mencuba yang terbaik untuk membahagiakan diri awak tapi ape kan daya, saya rasakan diri saya gagal. Semoga awak mengerti dan memberi ruang bahagia dihati awak untuk menerima saya. Maafkan saya kiranya ada terkasar bahasa sepanjang kita bersama. Berikanlah kemaafan awak kepada saya, hilangkanlah rajuk awak, berikan senyuman agar saya dapat rasakan awak bahagia.

Itulah sahaja luahan hati saya kepada awak. Saya menulis semua ini bukanlah untuk mengingati saat sedih itu tetapi untuk mengingatkan diri supaya tidak berulang perkara yang sama. Kiranya awak membaca ini, segeralah awak bagitahu saya ape yang ada dihati awak. Saya sayangkan awak. Saya juga mencintai awak. Terima kasih kerana menjadi kekasih saya. Sekian.






SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Hari Akhirat Dan Padang Masyar

Assalamualaikum w.b.t.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Indah Ini Milik Sepenuh Junk Rx®