Pepatah Melayu...

Dihening pagi yang indah ini, aku baru je pulang melawat bayi pertama adikku. Setibanya dirumah, aku tiba-tiba terfikir untuk berkongsi dengan semua orang tentang pepatah melayu. Walaupun kita ni orang melayu, mesti ramai diantara kita masih tidak tahu maksud sebenar sesetengah pepatah. Semua bangsa ada pepatah untuk menunjukkan sesuatu maksud tanpa menyampaikannya secara terus terang. Disini aku senaraikan sedikit pepatah melayu yang selalu kita dengar tapi kalo ada yang tak pernah dengar, sila la ambil perhatian supaya tidak berlaku salah faham kelak.. Semua pepatah ni biasanya digunakan oleh orang-orang tua dahulu. Tapi sekarang, karam singh walia pun da pandai guna.. mungkin bangsa singh tak ada pepatah barangkali..

Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa.

 maksudnya: Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.


SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Pengubat Kesepian Rindu

A s s a l a m m u a l a i k u m .................

Jam menunjukkan pukul 4 pagi, disebabkan mata aku tidak dapat dilelapkan, berbekalkan laptop adik aku yang ditinggalkan dirumah, aku mula untuk membuat senaman jari dan dalam kata lain mengupdatekan blog aku ni. inilah yang bermain difikiranku sekarang..<3 <3 (jiwang jap.. hehe)



aku umpama laut yang tiada bertepi dan tiada berpenghuni
umpama malam yang hadir tiada berbintang
melihat senyuman terukir dibibirmu penuh dengan keceriaan
mendambakan aku tiada meninggalkanmu

detik demi detik tiada berbeku
pergilah ia dalam diam
kenangan bersamamu muncul dimindaku
temani ku siang dan malam

bila bayangmu tiada dimata
ingatlah aku disini selalu
bila rindu melukai hati yang tiada berkata
tentangan mata menjadi pengubat hati pilu

jangan lepaskan pelukan eratmu
kekalkan ia bersama samaku
kerana jiwa ragaku cintakan dirimu
ingatlah bahawa inilah pengubat kesepian rindu.

p/s : Ditujukan khas buat insan yang sentiasa bertandang dihatiku.... P...dee

SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Indah Ini Milik Sepenuh Junk Rx®