Kekasih Merajuk

Buat insan yang bergelar kekasih, disini saya ingin berkongsi sedikit perasaan saya terhadap seorang perempuan. "perempuan" insan yang memang bagi saya susah untuk difahami dan sukar untuk saya agak tindakannya. Difikiranya tiada yang dapat dimengertikan. Namun, untuk dirimu yang bernama kekasih, saya luangkan masa saya untuk mencoba fahami ape yang tersirat dihatimu, dengan harapan agar dirimu tidak merasa sedih dan dihatimu sentiasa berteman.

Kekasihku, ku datang kepadamu,
membawa hati yang penuh rasa cinta,
gembira tidak terkira,
ingin melihat dirimu bahagia,

Kekasihku, ku tatap matamu,
rahsia terpancar jelas menyinar,
bingung diriku memikirkannya,
apa silapku terhadap dirimu,

Kekasihku, ucapanku tiada dipedulikan,
seperti patung tiada bernyawa,
rajukmu tiada berkesudahan,
mengikut hati yang tidak peduli,

Kekasihku, hati pilu seperti kaca,
adakah hilang cinta dan rindu,
dek kerana silap bicara,
dirimu pergi jauh dariku,

Senyuman indah engkau berikan,
isyarat diri masih sayang,
hati lega erat genggaman,
kerana cinta aku turutkan.


Kekasih, ingatlah bahawa hati ini sentiasa ingin menemani hatimu, tiada waktu untuk digambarkan kerana ia kekal tersemat, kuharapkan dirimu mengerti hasrat hati yang mencintaimu ini. Sekian terima kasih... ^^



SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Indah Ini Milik Sepenuh Junk Rx®