Rindu Bertandang lagi...

Ehem²... tu bukan tajuk lagu hattan tau.. tapi tu la yang aku tengah rasa sekarang terhadap awek aku yang sekarang ni kitorang jarang berhubung. Ada je yang mencuri masa aku dan dia.. Tapi xpe, sekarang aku nak dia tau yang aku betul² rindukan dia. Harap² leh la dating kalo dia free weekend ni.. Aku memang xtau nak ucapkan kerinduan aku pada dia tapi aku nak cuba nyatakan dengan secubit ayat yang aku cipta sendiri.. Mungkin xseindah puisi orang lain tapi aku harap ia cukup untuk buat si dia gembira.. 


Dikala ku bersama denganmu,
Indah dunia menemaniku,
Engkau setia dengan cintamu,
Untuk bersama diriku,

Jarak pemisahan kita,
hati tetap dekat bersama.
walau jasad kita jauh,
dijiwa diminda engkau disisi.

Dalam kesibukan masa,
kesunyian mengdampingi diri,
sehari lama ku rasai,
tanpa dirimu aku sunyi,

namun cinta ini tetap ada,
masih menebal kekal dijiwa,
hadirlah dirimu bersama cinta,
berikan kepadaku oh segalanya,

kuharapkan pertemuan mata,
dengan dirimu pengubat rindu,
walau sekejap aku terima,
kerana rinduku padamu inginkannya,

datanglah sayang kepadaku,
bibitkan senyum indahmu itu,
ubatilah jiwaku yang merindu,
tetaplah untukmu oh selamanya.


Sayang, saya harap awak suka dengan ape yang tertulis itu, seperti yang telah saya bagitau, saya rindu giler kat awak.. Mungkin sebab masa kita bersama tak lama, inilah dapat saya berikan pada awak agar awak tau kerinduan dihati saya milik awak.. Sekian...

 

SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...