Puisi Indah Hanya Untukmu.. :))

Belum puas kita bersua,
Telah tertakdir untuk berpisah,
Indahnya saat ketika bersama,
Mengalirkan air cinta yang sejati,
Walaupun ia hanya sementara cuma,
Seribu tahun terasa dijiwa,
Tiada tertahan untuk menahan,
Rindu yang memberontak ini,
Ia kerana ujian dalam hidup,
Sebagai tanda cinta,
Seindah pemberian yang maha esa,
Disaat perjumpaan yang dinanti,
Tiada kelipan mata memandang,
Lirikan mata senyuman dibibir,
Menambat hati memberi cinta,
Ikhlas hanya diri yang rasa,
Ternampak dipandangan pelakuan,
Semakin jelas dan amat nyata,
Cinta kita tiada rahsia,
Milik berdua untuk selamanya..

Sepanjang hari menjadi lama,
Tanpa dirimu seksa dihatiku,
Hanya cinta pengubat diri,
Yang semakin rindu hanya untukmu,
Diharapkan bersatu suatu hari nanti,
Sebagai ikatan cinta suci,
Kekalkanlah bersama selagi bernyawa,
Itulah doa hanya kepadamu Tuhan,
Kerana anugerah cinta milikmu,
Itulah pasti tiada sangsi,
Bahagiakanlah hati ini,
Yang memang saling mencintai.



SUDAH BACA??? TINGGALKAN KOMEN YE!!! LIKE SKALI TAU!!!..

11 comments:

Pwincesz Dee said...

Wahhh....so romantic-lah my pakwe ni... hehehe :)

Junk said...

hehe.. mesti awk xsgka kan? sy dapat ilham dari awk gak.. :))

Run Away said...

sweettt....;d

Junk said...

Run Away :

tq..

Pwincesz Dee said...

Xsangka... Tp serius, kmu mmg pndai... Comel!

Junk said...

pwincesz dee: kamu tu ada2 je kan.. :)

Pwincesz Dee said...

hihihi... slh ke?? :)

Junk said...

xsalah pun la..huhu.. sy tau ape dalam hati awk.. :D

Pwincesz Dee said...

good! :)

CTK said...

so sweeeeettttt..moga kekal bahagia k :)))

Junk said...

CTK : Amin².. hehe.. Moga CTK pun akan bahagia juga.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Indah Ini Milik Sepenuh Junk Rx®